๐ซ Episod 20: Kenapa Akaun Anda Shadowbanned di TikTok?
๐ซ Episod 20: Kenapa Akaun Anda Shadowbanned di TikTok? “Tiba-tiba views drop, video tak naik langsung? Mungkin akaun anda tengah kena shadowban !” Fenomena ini biasa berlaku pada content creator TikTok — tiba-tiba video tak masuk FYP, reach merudum, views stuck. Dan paling pelik, anda masih boleh post seperti biasa, tapi tak ramai yang nampak. Jawapannya mungkin: Anda telah kena shadowbanned. ❓ Apa Itu Shadowban? Shadowban ialah keadaan di mana TikTok menyorokkan video anda dari FYP dan carian , biasanya tanpa sebarang notis. Akaun anda masih aktif. Anda masih boleh: Post video baru Like & komen video orang lain Tengok view pada akaun sendiri Tapi hakikatnya, penonton lain susah nak nampak video anda — walaupun mereka follow anda. ⚠️ Punca Shadowban Paling Biasa Shadowban tak berlaku secara rawak. Ada beberapa sebab utama kenapa akaun anda boleh kena: 1. Langgar Garis Panduan Komuniti Kandungan seksual, ganas, atau berunsur scam Gambar yang ...