📌 Episod 4: Tukar Akaun Jadi Business (Untuk Data & Link di Bio)
📌 Episod 4: Tukar Akaun Jadi Business (Untuk Data & Link di Bio)
Disediakan oleh ScrollSampaiSuccess
Masih guna akaun TikTok jenis personal?
Kalau ya, anda sebenarnya terlepas banyak fungsi penting — seperti data analitik, akses lagu bebas copyright dan letak link di bio!
Dalam episod ni, saya akan tunjuk langkah demi langkah cara tukar ke Business Account — ianya percuma, dan memang sangat berbaloi untuk creator dan usahawan online.
✅ Kenapa Tukar ke Business Account?
Berikut antara kelebihan utama akaun Business:
-
📈 Dapat akses analitik (siapa tengok video anda, umur, lokasi, waktu aktif)
-
🔗 Boleh tambah link di bio (website, Shopee, linktree dsb)
-
🎵 Akses muzik komersial selamat (bebas copyright)
-
🎯 TikTok lebih mudah faham niche anda
👣 Langkah Tukar Akaun ke Business
-
Buka Profil TikTok Anda
Tekan ikon paling kanan bawah. -
Masuk ke Menu (Tiga Garisan Atas Kanan)
PilihSettings and Privacy -
Tekan Account > Pilih Switch to Business Account
-
Pilih Kategori Bisnes Anda
Contoh:-
Education
-
Retail
-
Personal Blog
-
Art & Design
Ini bantu algoritma TikTok faham jenis konten anda nak buat.
-
-
Siap! Anda Sekarang Gunakan Business Account
💡 Tips Tambahan:
-
❗ Akaun Business tak boleh guna semua lagu trending, kerana isu hak cipta.
Tapi anda boleh guna muzik komersial percuma yang disediakan TikTok. -
👥 Kalau anda nak bina jenama, jual produk, atau jadi creator sepenuh masa, Business Account lebih sesuai dari awal lagi.
Comments
Post a Comment